Al-Quran

1.01.2017

Kenali diri

Muhakedah sebelum tidur

Kematian.......

Ramai yg tau mati tu pedia tp dok buat x tau lagu tu la, awatla zaman la org syok berkelain، syok cari salah orang? Awat x tau ka dunia ni fana?
X tau ka sakarat tu berat?
X tau ka alam kubur tu wujud?
X tau ka neraka tu pedih dan peqit?
X tau ka kemurkaan ALLAH tu dasyat?

Semua tu mesti org kata tau, tp kat bibiaq ja, kt hati?
Ingat kat sana kita blh relax mcm la ni ka?
Ingat kt sana blh tdoq lena ka?
Ingat kt sana blh makan minum sesuka hati ka?

Tapi orang zaman la jawab
Takpa kami jahat biaqla kami kena tibai
Takpa kami tak baik biaqla kena seksa

Ingat kna katok tu macam dlm tv ka? Ingat macam restling ka katok boleh bangkit balik? Dekat sana kalau kena katok tenggelam sampai dalam bumi pastu kena korek naik balik pastu katok balik naik balik sampai kiamat la jawapnya. Tu tak cerita hat neraka lagi ada ayaq panaih hat busuk hat berasap hat nanah berdenei nak kena kita hirup , mahsyar lagi, mizan lagi, shirat lagi.
Semua ujian yang ALLAH bagi tu ada sebab , 1 nak kafarah dosa ,2 nak tambah kebajikan, 3 nak angkat darjat. Tapi kita tak nampak, kita dok berasa dunia ni kita punya, kita dok syok sendiri dengan nikmat yang ALLAH pinjamkan, kita dok berasa orang ja salah kita yang betoi.
Masalah kecik nak kecoh, masalah besar pula nak perang. Sampai nak buat puak.
Pikiaq balik, nabi ﷺ hat ma'sum tu pun kena uji? Tapi orang akan jawab tu nabi. Ok takpa.

La ni pikiaq sat, tu nabi kan? Dia ma'sum kan? Dia kekasih ALLAH kan? Kita sapa? Kita ma'sum ka? Kita nabi dan kekasih ALLAH ka? Kalau hat yang ma'sum, hat yang kekasih ALLAH kena uji teruk lagu tu, kita hat yang hina ni? Hat yang perasan baguih ni? Hat yang bukan nabi ni? Sepatunya ALLAH patut lagi la  bagi ujian kat kita ni lebih dasyat dan teruk dari nabi nuh, lebih teruk dari nabi hud, lebih teruk dari nabi soleh, lebih teruk dari nabi ayub, lebih teruk dari nabi ﷺ dan para anbiya yang lain, pasai kita ni tak mulia pun.

Dahla toksah nak ek (ego) la, andai malam ni kita mati, kita nak bawa bekai pa kat ALLAH? Semayang pun ingat ke lain, tahajud pun dok meqekot, sedekah pun kira, baca Quran pun baloq.
Kita nak jawap pa kalau ALLAH tanya? Nak habaq depa ja yang salah kita baik? Atau nak habaq depa naya aku macam²? Hat tu bukan hujah sebab dalam Quran ALLAH dah habaq, suruh sabaq, suruh redha, suruh buat baik, suruh taat, suruh bermaaf2an. Tapi kita nak buat dunia ni macam kita punya, tu la masalahnya.

Kita kena ingat dunia ini adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kapiaq, jadi pakat² la ambil cermin besar pakat suluh diri, kita ni ma'sum dari nabi ﷺ ka sampai tak boleh nak kena uji?

Akhir kalam, sapa hat qasa pedas tu saya minta maaf, saya habaq ni pun tak untung kot mana pun. Saya pun tak baik teqa mana pun, tapi saya tetap kena usaha sebab orang baik pun terkadang mati su'ul khatimah disebabkan tiada redha ALLAH.

استغفر الله........

6.07.2013


Dalam sebuah halaqah Rasulullah bersama sahabat-sahabat baginda, salah seorang sahabat tersebut, Abdullah Bin 'Umar meriwayatkan ketika mereka duduk di dalam halaqah tersebut, Rasulullah SAW bersabda, tunggulah, salah seorang penghuni syurga akan menyertai kita. Kemudian masuk dan duduklah di dalam halaqah tersebut seorang lelaki yang baru selesai mengambil wudhu'. Hari kedua halaqah tersebut belangsung pun, situasi yang sama berlaku dan sekali lagi berulang pada hari ketiga. Abdullah bin 'Umar pula, disebabkan Rasulullah SAW mengulangi kata-katanya "Seorang penghuni syurga akan menyertai kita" setiap kali halaqah bermula, teringin beliau untuk mengetahui apakah amalan lelaki yang berwudhuk dan kemudiannya menyertai halaqah mereka setiap hari itu. Maka beliaupun mengikuti lelaki tersebut pada hari ketiga tu untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Kebiasaannya, masyarakat Arab akan bermalam di rumah saudara mereka sekitar tiga hari dan tuan rumah juga tidak merasa berat bahkan sangat mengalukan tetamu mereka bermalam di rumah mereka kerana mereka tahu, kedatangan tetamu ke rumah itu satu rahmat. Maka lelaki tadi pun dengan gembiranya membenarkan Abdullah bin 'Umar untuk bermalam di rumahnya. Malam pertama, Abdullah bin 'Umar bangun untuk bertahajjud dan beliau melihat-lihat jika saudaranya tu bangun untuk bertahajjud atau tilawah. Tetapi Abdullah bin 'Umar hanya melihat saudaranya itu bangun untuk solat Subuh berjemaah sahaja. Hari kedua dan ketiga bermalam di rumah saudaranya itu, perkara yang sama juga dilihat oleh Abdullah bin 'Umair ke atas saudaranya, hanya bangun untuk solat Subuh berjamaah tanpa diawali dengan tahajjud atau tilawah. Hairan benar Abdullah bin 'Umar, mengapa lelaki ini dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai penghuni syurga sedangkan amalannya hanya biasa-biasa. Di hari terakhir, ketika ingin pulang dari bermalam di rumah saudaranya itu, Abdullah bin 'Umar dengan perasaan ingin tahu yang teramat sangat pun bertanya kepada saudaranya tu; "Ketika kami duduk dalam halaqah sebelum kedatanganmu, Rasulullah SAW mengatakan akan ada seorang penghuni syurga akan bersama kita sebentar lagi. Dan aku tidak menemukan seseorang melainkan engkau yang datang sesudah itu. Akan tetapi, kulihat amalanmu hanya biasa-biasa, engkau hanya bangun solat Subuh tanpa tahajjud atau tilawah. Apakah amalanmu sehingga Rasulullah mengatakan sedemikian rupa?" Lelaki itu kemudiannya tersenyum dan menjawab; "Aku hanya melakukan amalan-amalan fardhu dan menjaganya. Aku akan bangun tahajjud jika aku mampu melakukannya. Aku akan membaca Al-Quran jika aku mampu. Namun amalan yang aku tidak tinggalkan setiap hari sebelum tidur adalah, AKU AKAN BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH DAN MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN ORANG LAIN setiap hari sebelum aku tidur!!!"

7.25.2012

Siapa yg lebih memahami?


ALLAH sentiasa mmrhati,,,,

juga sentiasa dhati,,,,,,

Mmbri ssuatu yg trsembunyi,,,,,

buat hmbaNYA yg dkasihi,,,,,,

Namun kita tdk prnh mngrti,,,,,

Sdngkn ALLAH setia mnanti,,,,,

Apkh kasihNYA tdk diingini,,,,,

Knpkh kasih mnusia sring diimpi,,,,,

Apkh mnusia lbh hbat dr ILLAHI.,,,,

Ayuh sdarlh usahlh dibuai mimpi,,,,,

DIA sntiasa mnnti & mmahami,,,,,

Ushlh dikhuatiri & dragui,,,,,

JnjiNYA x prnh dmungkiri,,,,,

KasihNYA x prnh dikurangi,,,,,

Kmbaliknlh jiwa nurani,,,,,

Yg tersemat d hujung kali,,,,,,

Agar mnyinari ksucian yg hakiki......!

Posted via Blogaway

7.24.2012

Jampi/ruqyah secara islam




Ruqyah Syariah:

Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak zaman Jahilliah lagi. Kemudian setelah ajaran Islam datang, Rasulullah s.a.w telah menetapkan Ruqyah yang dibolehkan adalah Ruqyah yang mengikut Syariah Islam sahaja. Ruqyah Syariah adalah suatu perubatan dengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Ruqyah Syariah dilakukan oleh seorang muslim, baik untuk tujuan penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain, daripada pengaruh buruk, pandangan mata manusia dan jin, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, dan berbagai penyakit fizikal, kebatinan serta hati. Ruqyah adalah perubatan yang sudah ada di zaman Jahilliah dan ketika Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasulullah, maka telah ditetapkanlah Ruqyah yang dibolehkan di dalam Islam. Allah telah menurunkan Surah Al-Falaq dan An-Naas, dan salah satu fungsinya adalah sebagai pencegahan dan terapi bagi orang beriman yang terkena sihir. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca kedua surah tersebut dan meniupkannya pada kedua tapak tangannya, mengusapkan pada kepala dan wajah serta anggota badannya.

Hukum Ruqyah:

Para ulama berpendapat bahawa pada dasarnya Ruqyah secara umum dilarang, kecuali yang berasaskan Syariah Islam sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda:

• “Sesungguhnya ruqyah (mantera), tamimah dan tiwalah adalah kemusyrikan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Hakim).

• "Barangsiapa menggantungkan sesuatu, maka dirinya akan diserahkan kepadanya." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud dan Al-Hakim)

• Dari Imran berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Akan masuk syurga dari umatku 70 ribu dengan tanpa hisab”. Sahabat bertanya, “Siapa mereka wahai Rasulullah ?” Rasul s.a.w. bersabda,” Mereka adalah orang yang tidak berubat dengan besi, tidak minta diruqyah dan mereka bertawakal pada Allah”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para ulama juga bersepakat membolehkan Ruqyah Syariah, iaitu pembacaan Al-Qur’an untuk penjagaan dan penyembuhan penyakit Adab-Adab Untuk Perubatan Secara Ruqyah Syariah

• Bacaan Ruqyah yang merupakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa atau wirid dari Rasulullah s.a.w.

• Doa yang dibacakan jelas dan diketahui maknanya

• Berkeyakinan bahawa Ruqyah tidak berpengaruh atau berkesan dengan sendirinya, melainkan dengan takdir dan izin Allah SWT sahaja

• Tidak meminta tolong kepada jin atau yang lainnya selain Allah

• Tidak menggunakan benda-benda yang menimbulkan syirik, syubahah atau perasaan was-was

• Cara perubatan harus sesuai dengan nilai-nilai Syariah

• Orang yang melakukan perubatan harus memiliki kebersihan aqidah, akhlak yang terpuji dan istiqomah dalam ibadah Di Antara Penyembuhan Daripada Ruqyah Syariah, InsyaAllah:

• Pengusiran jin dan syaitan serta pembatalan sihir • Pelindungan dan pembersihan diri serta rumah kediaman daripada makhluk halus

• Penambat kasih sayang di dalam rumahtangga

• Ketenangan jiwa

• Penenang dan pemulihan anak-anak degil dan nakal

• Penyembuhan sakit-sakit fizikal mengikut niat Semoga ibadat dan ikhtiar kita diberkati dan diterima oleh Allah. Jika terdapat sebarang kesilapan, ia adalah di atas kelemahan kami.

Ruqyah syariah salah satu ruqyah yg boleh digunakan untuk kehidupan seharian kita,kerna kini terlalu banyak serangan & godaan yg perlu kita hadapi. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya melainkn maut. Oleh itu jom kita rawat diri kita sendiri,insyaALLAH pasti ada hasil. Jadi dgn izin ALLAH jualah sy menjual buku ini untuk dijadikan panduan buat semua. Antara tajuk-tajuk penting yg terdapat ddalam buku ini ialah: mengembalikan kehebatan manusia,melindungi diri & keluarga, menambahkan kekuatan dalaman dan lain-lain lagi. Usahlah dibiarkan diri kita tewas dgn makhluk-makhluk yg jahat. Disamping itu amalan ruqyah syariah ini juga mudah diamalkan. Firman ALLAH S.W.T ddlm surah AL-A'RAAF: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (55)

*Bersamalah membina jati diri,agar terserlah ketaqwaan yg hakiki*

Sesiapa yg ingin mendapatkannya sila klik di bawah harga. terima kasih.

Harga: Sem. Mas:RM20 + Pos RM10=30

Sabah & srawak: RM20 + Pos RM14=34

Posted via Blogaway jampi/ruqyah 

Posted via Blogaway

4.20.2012

Sedarlah Insan....

♥ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD ♥♥ WA 'ALAA AALIHI WASHAHBIHI WASALLIM♥♥♥
ALLAH S.W.T tlh berfirman: 
1*Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu. (Surah Al-mu'minuun. Ayat:75)
2*Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurutjejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (Surah An-nuur. Ayat:21)
Rumusan ayat no 1:Kenapalah kita ni selalu lupa pdNYA? Kita semua pernah diuji dgn pelbagai cubaan,namun setelah kita bebas adakah kita brtambh syukur pdNYA? Cth mudah demam: semasa kita demam,kita selalu minta dsembunhkn supaya mudah segala urusan & ibadah. Tp,bila sembuh apkh amaln kita makin mningkat @ sama? ALLAHU AKBAR! Itulah sbbnya kita sentiasa diuji,sbb ALLAH Maha Tahu kalaulah dihilangkn segala kesusahan yg ada pd kita nescaya kita akn brtmbh angkuh & sombong. Itulh sbbnya kita sentiasa diuji supaya ingat pdNYA!
Ayat ke-2 pula: ALLAH itu Maha Penyayang, dh bnyk kali diberi pringatan kpd kita, jgn ikut setan jgn ikut setan,tp kita ni jenis keteqar/x dgr arahn,knp seronok sgt ka kawan dgn setan? Apa yg setan bg selama ni? Adkh klu mati setan blh tlg kita? MASYAALLAH, tlh bnyk dosa yg kita buat selama ni,kalaulah dilemparkn hti ini ke dlm lautan,nescaya hitam & keruhlah lautan itu..... Kita sedar dgn kesalahn yg kita buat...tp, kita dok buat juga. Apkh kita dpt mnjadi fitrah kmbali stlh sekian lama mmbuat dosa? Knapakh kita tak boleh mnjauhi segala larangan ALLAH? ALLAHU AKBAR hanya Engkau saja yg boleh mmbersihkn kami,hnya Engkau saja yg dpt mngampuni kami & hnya Engkau jualah yg boleh memimpin & mmbimbing kami ke arah kebaikkn! ROBBANA WAFFIQNA LI_THO_'ATIK,WA AT_MIM TAQ_SHI_RONA,WA TAQABBAL MINNA= Ya ALLAH,permudahlnlah kami melakukan ketaatan pdMU,Dan sempurnaknlah sgla urusan kami,Dan terimalah taubat kami... AMIN!

Bermohonlah juga kpd ALLAH agar segala mudharat & nikmat yg dikecapi & diberikn kpd kita dpt mndekatkn diri kita dgn rahmatNYA bukan murkaNYA...... ALLAH AKBAR!

8.06.2010

Perjalanan ke Thaif

Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: 'Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?' tanya Aisyah ra. 'Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku! 'Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa'alib. Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: 'Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!' Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: 'Hai Muhammad!' Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi. 'Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun niscaya aku akan lakukan!' 'Jangan... jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun... !', demikian jawab Nabi SAW.

Musa bin Uqbah menyebut di dalam kitab 'Al-Maghazi' dari Ibnu Syihab katanya, bahwa Rasulullah SAW apabila pamannya, Abu Thalib, meninggal dia keluar menuju ke Tha'if dengan harapan agar penduduknya akan melindunginya di sana. Maka beliau menemui tiga pemuka Tsaqif, dan mereka itu bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud dari Bani Amru. Beliau menawarkan mereka untuk melindunginya serta mengadukan halnya dan apa yang dibuat oleh kaumnya terhadap dirinya sesudah kematian Abu Thalib itu, namun bukan saja mereka menolakbeliau, tetapi mereka menghalaunya dan memperlakukan apa yang tidak sewajarnya.(Fathul Bari 6:198 - dari sumber Ibnu Ishak, Shahjh Bukhari 1:458, dan berita ini dikeluarkan juga oleh Muslim dan Nasa'i).

Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkapl dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka'bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkatakata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, niscaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata-kata itu.

Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha'if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu.

Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca 'Bismillah!' Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.

'Siapa namamu?' tanya Nabi SAW 'Addas!' 'Dari mana engkau?' tanya beliau lagi. 'Dari negeri Niniva!' jawab Addas. 'Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!' Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. 'Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!' Addas keheranan. 'Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,' jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.

Melihat kelakuan Addas yang terakhir ini, Utbah dan Syaibah semakin heran apa yang dibuat sang hamba itu. Apabila kembali Addas kepada mereka, mereka lalu bertanya: 'Addas! Mari ke mari!' panggil mereka. Addas datang kepada tuannya menunggu jika ada perintah yang akan disuruhnya. 'Apa yang engkau lakukan kepada orang itu tadi?' 'Tidak ada apa-apa!' jawab Addas. 'Kami lihat engkau menundukkan kepalamu kepadanya, lalu engkau menciurn kedua belah kakinya, padahal kami belum pemah melihatmu berbuat seperti itu kepada orang lain?!' Addas mendiamkan diri saja, tidak menjawab. 'Kenapa diam? Coba beritahu kami, kami ingin tahu?' pinta Utbah dan Syaibah. 'Orang itu adalah orang yang baik, dia menceritakan kepadaku tentang seorang Utusan Allah atau Nabi yang diutus kepada kaum kami, 'jawab Addas. 'Siapa namanya Nabi itu?' 'Yunus bin Matta' jawab Addas lagi. 'Lalu?' 'Dia katakan, dia juga Nabi yang diutus!'Addas berkata jujur. 'Dia Nabi?!' Utbah dan Syaibah tertawa terbahak-bahak, sedang Addas mendiamkan diri melihatkan sikap orang yang mengingkari kebenaran Allah. 'Eh, engkau bukankah kristen?' 'Benar,'jawab Addas. 'Tetaplah saja dalam kristenmu itu! Jangan tertipu oleh perkataan orang itu!' Utbah dan Syaibah mengingatkan Addas. 'Dia itu seorang penipu, tahu tidak?!' Addas terus mendiamkan dirinya . Sesudah itu, Rasuluilah SAW kembali ke Makkah dengan hati yang kecewa sekali. (Dala'ilun-Nubuwah, hal. 103)

Surat Balasan Heraklius

Di dalam versi yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad dan Abu Ya'la dari Said bin Abu Rasyid, katanya: Aku pernah menemui orang Tanukhi (dari negeri Tanukh) yang menjadi utusan Heraklius kepada Rasulullah SAW di Himsh (Syam), dan ketika itu dia seorang yang sudah sangat tua, dan dia tetanggaku maka aku berkata kepadanya:

"Bolehkah engkau ceritakan kepadaku tentang surat kiriman Heraklius kepada Nabi SAW dan surat Beliau yang dikirimkan kepada Heraklius", aku membujuknya. "Boleh", jawabnya singkat. Orang tua itu lalu bercerita, katanya: Bila Rasulullah SAW tiba di Tabuk, Beliau mengutus Dihyah Al-Kalbi ra. kepada Heraklius, pembesar Romawi. Apabila surat Rasulullah SAW itu sampai ke tangan Heraklius, dipanggilnya semua rahib-rahib gereja dan pendetanya. Bila semua mereka telah hadir ditutupnya semua pintu-pintu, dan tinggallah kami bersama dengannya.

Heraklius berkata: "Utusan ini datang kepada kita, sebagaimana kamu sekalian melihatnya, dan dia menyeruku untuk memilih salah satu dari tiga perkara berikut: Dia menyeruku untuk mengikuti agamanya, ataupun membayar upeti Jizyah dari hasil negeri kita, sedang negeri ini tetap di bawah kekuasaan kita, ataupun kita menemui mereka di medan perang! Demi Allah, kamu semua telah mengetahui dari apa yang kamu baca di dalam kitab-kitab kamu, bahwa kamu akan dikalahkannya. Maka lebih baiklah, kita mengikut agamanya, ataupun kita berikan saja upeti dari hasil harta kita"! Semua yang berkumpul di situ tidak senang dengan kata-kata Heraklius itu, muka mereka merah padam kerana marah.

Mereka berkata: "Apakah engkau mengajak kita untuk meninggalkan agama Kristen, supaya kita menjadi hamba kepada si orang badui yang datang dari negeri Hijaz itu?" Heraklius terkejut mendengar tentangan keras dari ahli-ahli agama itu. Dia kini yakin, bila mereka keluar dari pertemuan itu, tentu mereka akan sebarkan berita itu di luar kepada penguasa-penguasa negara, dan tentulah dia akan diturunkan dari kerajaannya. Maka segeralah dia berkelit: "Eh, nanti dulu! Jangan terburu nafsu!" kata Heraklius mempertahankan dirinya. "Sebenarnya aku katakan begitu hanya untuk menguji pendirian kamu, apakah kamu tetap teguh atas agama kamu itu?!" sambungnya lagi.

Kemudian Heraklius memanggil seorang Arab berbangsa Tujib yang memang menganut agama Nasrani dari kaum Arab Kristen, lalu dia memerintahkan: "Tolong carikan bagiku", kata Heraklius, "seorang yang pandai berbicara bahasa Arab, yang lidahnya lidah orang Arab. Bawa dia ke mari untuk membawa surat jawabanku kepada si orang badui itu".

Berkata orang tua dari Tanukhi itu memberitakan peristiwa lama yang dialaminya, katanya: "Aku pun dibawa kepada Heraklius lalu dia menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ditulis di atas tulang, lalu dia berkata pula: "Bawalah suratku ini kepada orang yang mengaku Nabi itu", kata Heraklius. "Tetapi dengar baik-baik apa yang dikatakannya, dan ingat tiga hal berikut ini, jika dia sebutkan.

Perhatikan jika dia menyebut sesuatu tentang surat yang dikirimkan kepadaku, dengar apa komentarnya? Perhatikan bila dibacakan suratku kepadanya, apakah dia akan menyebut perkataan malam! atau tidak? Dan yang terakhir, coba berusaha sampai engkau dapat melihat di belakang tubuhnya, adakah suatu tanda yang menarik perhatianmu?! Ingat baik-baik tiga perkara ini, dan beritahu apa yang engkau lihat kepadaku!" pesan Heraklius dengan hati-hati.

Aku pun berangkat pergi membawa surat Heraklius itu, hingga aku tiba di Tabuk. Di situ aku bertanya kepada para sahabatnya: "Di mana ketua kamu, yang dikatakan Nabi?" tanyaku. "Di sana itu! Yang sedang duduk dikelilingi orang", jawab mereka. Aku lihat Nabi SAW itu sedang duduk di tepi takungan Air, di mana dia telah dikelilingi oleh para sahabatnya. Aku pun maju ke depan, lalu mereka memberikanku tempat di depannya, bila diketahuinya aku datang sebagai utusan dari Heraklius. Aku pun menyerahkan surat itu kepadanya, dan diletakkan surat itu di atas pangkuannya.

Kemudian dia berkata kepadaku: "Dari mana engkau?" "Aku orang Tanukh!" jawabku. "Maukah engkau kembali kepada agama yang suci dari kepercayaan nenek moyang kamu Ibrahim (AS)?" tanya Nabi SAW kepadaku. "Aku ini utusan sebuah negara dan menganut agama negara itu, tidaklah wajar aku mengubah agamaku ini sehinggalah aku kembali kepada mereka dulu!" jawabku dengan jujur. "Memang benar Tuhan telah mengatakan: Sesungguhnya engkau, hai Muhammad, tidak mampu memberikan petunjuk kepada siapa yang engkau suka, akan tetapi Allah-lah yang akan memberikan petunjuk itu kepada siapa yang disukai-Nya, dan Dia adalah lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk itu!" Nabi SAW terlihat kesal sekali, apabila orang menolak untuk menerima Islam. Aku berdiam diri saja, tidak tahu apa yang mesti aku katakan lagi.

"Hai saudara dari Tanukh!" tiba-tiba Nabi SAW menyeruku. "Aku telah menulis surat kepada Kisra (Pembesar Parsi), lalu suratku dikoyak-koyakkannya, kelak Allah akan mengoyak-ngoyakkannya dan kerajaannya", Nabi SAW berdiam sebentar. Kemudian menyambung lagi: "Dan aku menulis surat kepada Pembesarmu, maka dia masih ragu-ragu lagi, dan orang ramai masih boleh membuat alasan (tidak tahu) selama kehidupan mereka aman tenteram". Nabi SAW berhenti sebentar.

Mendengar ucapan Beliau tadi aku berkata kepada diriku: Nah, salah satu dari tiga yang dipesan oleh Heraklius supaya aku ingat baik-baik. Aku pun keluarkan sarung isi panahku, lalu aku catat pada kulitnya. Kemudian Beliau menyerahkan surat Heraklius itu kepada seorang yang duduk di kirinya untuk dibacakannya. Aku lalu membisik orang yang di sebelahku bertanya: "Siapa dia orang yang akan membaca surat Heraklius itu?" "Mu'awiyah!" jawab mereka.

Tiba-tiba dalam surat pembesarku Heraklius ada sebutan mengajak ke syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa". Kemudian ada bertanya: "Di mana letaknya neraka? Bila mendengar saja bunyi pertanyaan itu, Nabi SAW pun menjawab: "Subhanallah!, ajaib sekali pertanyaan ini?!" ujar Nabi SAW "Jadi di manakah malam bila datang siang?!" tanya Beliau. Aku berkata pada diriku: Ini satu lagi dari ucapan Beliau yang mesti aku catat. Beliau telah menyebut malam, yang mesti aku sampaikan kepada Heraklius nanti. Sesudah selesai dibacakan kepada Beliau surat yang aku bawa itu, Beliau lalu berkata kepadaku: "Engkau patut diberi hadiah kerana engkau utusan kepada kami", ujar Beliau. "Kalau kami ada hadiah, tentu kami akan berikan kepadamu. Akan tetapi kami sekalian adalah orang-orang musafir yang memyimpan bekal yang terbatas", jelas Beliau.

Tiba-tiba terdengar suatu suara dari hadapan Beliau, suara salah seorang sahabatnya: "Aku yang akan memberikannya hadiah, jika engkau benarkan, ya Rasulullah!" Orang itu lalu mengeluarkan dari bungkusannya sepasang pakaian kuning dan diletakkannya di pangkuannya. Lalu aku bertanya ingin tahu: "Siapa yang menghadiahkanku pakaian ini?" "Usman!" jawab mereka. Kemudian Rasulullah SAW berkata pula: "Siapa suka menerima orang ini sebagai tamunya?" "Saya!" kata seorang pemuda dari kaum Anshar. Orang Anshar itu pun bangun mengajak aku pergi.

Apabila aku hampir meninggalkan majlis Nabi SAW itu, Beliau memanggilku pula seraya berkata: "Hai saudara dari Tanukh!", kata Nabi SAW. Aku pun segera mendekatinya sehingga aku berdiri di sisinya. Beliau lalu menarik pakaiannya sehingga terbuka bagian belakangnya, sambil berkata kepadaku: "Mari ke sini, tunaikanlah tugasmu, sebagaimana yang disuruh oleh tuanmu!" kata Beliau. Maka terlihatlah padaku apa yang bertanda di belakang badannya itu, yaitu semacam cap (khatamun-nubuwah) di bagian atas bahunya seperti tanda bulat

(Al-Haitsami: Ma'ma'uz-Zawa'id 8:235-236; Al-Bidayah Wan-Nihayah 5:15)

;;